Photos To Share With Friends Around The World

Sunday, September 27, 2009


Ejaan manakah yang betul? Sejak dari dulu lagi saya selalu keliru dengan ejaan bagi nama pekan ini. Namun bagi saya 'Renggam' lebih sesuai kalau berdasarkan sebutan yang diamalkan oleh penduduk tempatan. Jika 'Rengam' sebutannya akan jadi pelik. 'Re' dan 'ngam' jadinya Re..ngam. Ejaan 'Reng dan gam jadinya Renggam lebih tepat. Tahukah anda apa dan dari mana perkataan 'Renggam'? Maklumat yang saya dapat menyatakan letusan Gunung Berapi Krakatua pada tahun 1950 telah mewujudkan penempatan baru disekitar daerah Kluang selatan. Sebuah bukit telah terbelah dua dan menjadi renggang yang masih boleh dilihat sehingga kehari ini. Peristiwa 'renggang'nya bukit itu menjadi sebutan ramai. Sebutan 'Renggang' lama kelamaan telah menjadi 'Renggam'.
Bagi yang belum pernah sampai disini, pekan ini terletak di tengah-tengah Negeri Johor Darul Takzim. Semasa zaman persekolahan saya dulu, satu-satunya sekolah menengah yang terdekat dengan tempat tinggal saya di Felda Bukit Permai, Layang-Layang, Johor ialah Sekolah Menengah Dato' Haji Hassan Yunos, Renggam. Jaraknya dari rumah saya lebih kurang 17 batu jauhnya. Setiap hari untuk pergi kesekolah kami kena naik bas awal pagi dengan bas Pak Haji Rahman. Keadaan jalanraya dari Pekan Layang-Layang ke Rengam belum bertar lagi. Berdebu sepanjang jalan. Baju sekolah yang putih jadi kuning dalam masa sehari sahaja terutama dibahagian tengkok baju. Kalau ada sesiapa yang masih ingat lagi, salah satu 'trend' bagi murid yang kuat menjaga kebersihan baju sekolah ialah dengan memakai sapu tangan yang dilipat dan dilapekkan dibahagian tengkok baju. Saya pun kadang-kadang buat juga. Sebabnya dulu-dulu, cikgu bila buat pemeriksaan kebersihan baju sekolah suka tengok dibahagian tengkok. Kini keadaan telah berubah. Jalanraya sudah bertar dan agak selesa bagi pengguna jalanraya. Inilah nikmat kemajuan negara tercinta ini.
Salah satu 'spot' yang menjadi kenangan manis saya ialah Stesen Kereta api Rengam. Hampir setiap hari saya bersama kawan-kawan akan melintasi rel kereta api melalui jalan pintas untuk ke stesen ini. Bukan untuk apa cuma nak pergi makan mee goreng kegemaran saya. Masih terbayang lagi wajah makcik yang jual mee tapi namanya dah lupa.
Satu lagi 'spot' yang selalu saya ingat ialah ditempat menunggu bas dari Rengam ke Layang-Layang. Tempatnya ditepi sungai berdekatan dengan Stesen Bas Rengam/Kluang. Bukannya ada bumbung tapi cuma dibawah pokok. Kadangkala sampai berjam-jam baru dapat bas. Kadang-kadang pula bila bas sampai tapi sudah penuh maka kenalah tunggu 'trip' yang satu lagi. Kini saya lihat perkhidmatan bas agak kurang digunakan kerana kebanyakan orang sudah mampu membeli kenderaan sendiri walaupun kenderaan kecil.

6 comments:

LeaQistina said...

Rengam? adoi.. buruk bunyinya.. keh3~ "raya nnt kita balik rengam?" wahaha....

amakussama said...

paling suka = selaloo wat experiment lenyek siling 20posen kat rel ketapi..letak 20posen atas rel ketapi sebelom ketapi lalu..tnggu lepas ketapi lalu..result..siling 20posen jd beso...;p
tak suka = bnyk taik kereng kat rel ketapi...penah terpijak maser lintas nak g sekolah...hampeh...

Fung Nelly said...

4th group photo, 2nd row from bottom, 5th person from right is my sister, Fung Lee Jean. spot her in FB, MY Pharmacy Sdn Bhd (JB/KL)'s m.d.

zaidi said...

hai everybody...renggam..wah nostalgia tul... i sek rendah jubli intan...n sdhhy sampai tingkatan 3...tapi renggam the best. Dulu kita sekolah campur semua bangsa dan kita tak pernah gaduh. Malah kita semua kawan baik. itulah yang paling precious yang sukar dapat sekarang.. Kita sama-sama sekolah, sama-sama susah, sama-sama meniru dan sama-sama bermain...OMG, nostalgia betul.

Unknown said...

Bole update psl tmpt2 location bangunan bersejarah kt renggam? Sy tertarik dgn panggung lama kt renggam sbb bru saja borak dgn aunty yg prnh duduk kt rnggam ni dulu. Tp dia tak dpt cerita full sbb dia pun da x igt

paikia said...

Rengam mari,budak spm 1989