Photos To Share With Friends Around The World
Sunday, September 27, 2009
Rengam atau Renggam? Tahu kah anda asal-usul nama ini? Updated: 29 September 2009 ..12.40 pm
6 comments Posted by SelamatWan at Sunday, September 27, 2009Bagi yang belum pernah sampai disini, pekan ini terletak di tengah-tengah Negeri Johor Darul Takzim. Semasa zaman persekolahan saya dulu, satu-satunya sekolah menengah yang terdekat dengan tempat tinggal saya di Felda Bukit Permai, Layang-Layang, Johor ialah Sekolah Menengah Dato' Haji Hassan Yunos, Renggam. Jaraknya dari rumah saya lebih kurang 17 batu jauhnya. Setiap hari untuk pergi kesekolah kami kena naik bas awal pagi dengan bas Pak Haji Rahman. Keadaan jalanraya dari Pekan Layang-Layang ke Rengam belum bertar lagi. Berdebu sepanjang jalan. Baju sekolah yang putih jadi kuning dalam masa sehari sahaja terutama dibahagian tengkok baju. Kalau ada sesiapa yang masih ingat lagi, salah satu 'trend' bagi murid yang kuat menjaga kebersihan baju sekolah ialah dengan memakai sapu tangan yang dilipat dan dilapekkan dibahagian tengkok baju. Saya pun kadang-kadang buat juga. Sebabnya dulu-dulu, cikgu bila buat pemeriksaan kebersihan baju sekolah suka tengok dibahagian tengkok. Kini keadaan telah berubah. Jalanraya sudah bertar dan agak selesa bagi pengguna jalanraya. Inilah nikmat kemajuan negara tercinta ini.

Salah satu 'spot' yang menjadi kenangan manis saya ialah Stesen Kereta api Rengam. Hampir setiap hari saya bersama kawan-kawan akan melintasi rel kereta api melalui jalan pintas untuk ke stesen ini. Bukan untuk apa cuma nak pergi makan mee goreng kegemaran saya. Masih terbayang lagi wajah makcik yang jual mee tapi namanya dah lupa.
Satu lagi 'spot' yang selalu saya ingat ialah ditempat menunggu bas dari Rengam ke Layang-Layang. Tempatnya ditepi sungai berdekatan dengan Stesen Bas Rengam/Kluang. Bukannya ada bumbung tapi cuma dibawah pokok. Kadangkala sampai berjam-jam baru dapat bas. Kadang-kadang pula bila bas sampai tapi sudah penuh maka kenalah tunggu 'trip' yang satu lagi. Kini saya lihat perkhidmatan bas agak kurang digunakan kerana kebanyakan orang sudah mampu membeli kenderaan sendiri walaupun kenderaan kecil.

Wednesday, September 23, 2009
Wong Sow Jee - Pertemuan Di Hari Raya
2 comments Posted by SelamatWan at Wednesday, September 23, 2009Wong Sow Jee kini adalah seorang guru yang mengajar di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Yuk Choy, Ipoh. Beliau telah menetap di Ipoh sejak 1983. Menurut beliau setelah tamat kursus perguruan di Ipoh, beliau telah ditugaskan di Johor namun setelah berkahwin beliau bertukar ke Ipoh kerana mengikut suami.
Semasa disekolah dulu kami sentiasa belajar dalam kelas yang sama dari Remove Class hinggalah ke Form 5.

Setelah hampir 32 tahun tidak berjumpa akhirnya pada jam 12.45 tengahari beliau tiba dirumah saya. Kebetulan hari ini (Raya ke 4) saya masih bercuti tapi isteri saya sudah mula bertugas hari ini. Kami berbual panjang hampir 2 jam. Sambil berbual, saya mengambil peluang menayangkan gambar-gambar Reunion yang ada untuk mendapatkan banyak lagi nama-nama bagi dikenalpasti. Banyak jugalah gambar yang telah berjaya dikenalpasti oleh kami. Ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada Wong Sow Jee yang telah bersusah payah datang kerumah saya. Kesanggupan beliau bertemu menandakan beliau seorang yang menghargai kenangan dan menghargai persahabatan. Sempatlah juga beliau bergambar bersama saya dan salah seorang anak saya serta juga bersama isteri saya.
Tuesday, September 22, 2009
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada sesiapa juga yang melayari blog saya ini. Semoga Allah memberkati kita semua. Tahun ini saya tidak bercuti panjang atas beberapa sebab. Niat dihati ingin balik kekampung di Johor dan bertemu dengan seberapa ramai mungkin kenalan saya. Namun berhari raya di kampung isteri saya di Jitra Kedah juga tidak kurang meriahnya. InsyaAllah tahun hadapan kalau dipanjangkan umur saya akan berhari raya di Johor pulak.Click picture to enlarge
Pada Hari Raya ketiga kami dah balik ke Ipoh kerana ada saudara mara yang hendak beraya dirumah kami. Petang itu sempatlah juga kami ke Cameron Highlands untuk menikmati strawberry kegemaran keluarga saya. Sedap hingga menjilat jari oooo00.
Sunday, September 6, 2009
Hubungan Persahabatan Terjalin Semula..
0 comments Posted by SelamatWan at Sunday, September 06, 2009Setelah beberapa hari saya tidak membuka e-mail saya pada petang 27 Ogos 2009 saya dikejutkan dengan satu e-mail dari seorang hamba Allah. Beliau mengatakan telah dengan tidak sengaja melayari laman blog saya ini dan telah mengenalpasti serta mengenali salah seorang yang ada dalam gambar yang dipaparkan. Orang itu adalah Mohd. Sapuan Bin Poniran yang berasal dari Kampung Baru Simpang Rengam, Johor. Click picture to enlarge
Alamat e-mail untuk saya hubungi juga disertakan. Terima kasih atas budi jasa yang telah diberikan kepada saya. Hanya Allah yang dapat membalasnya. Mulanya saya sangka hamba Allah ini mungkin yang saya kenal tapi beliau kata tidak mengenali saya..
Pada petang 6 September 2009 Mohd. Sapuan Bin Poniran telah menelefon saya. Kami bersembang agak panjang lebar. Rasanya lebih dari setengah jam. Tidak dapat digambarkan betapa gembiranya saya dapat berbual dengan beliau. Sebenarnya dulu, sekitar tahun 1982-1984 kami sering juga berhubungan melalui telefon. Ketika itu saya bertugas di Pulau Pinang. Namun maklumlah dulu kemudahan handphone belum ada. Lama-kelamaan kami terputus hubungan.
Petang itu juga beliau telah menghantarkan gambar bersama keluarga kepada e-mail saya. Mohd. Sapuan Bin Poniran kini bertugas sebagai Pegawai Teknik (Technical Officer) di Unit Business Support & Quality Management di Telekom Malaysia Berhad di Bukit Timbalan Johor Bahru, Johor. Semoga kali ini hubungan tidak akan putus lagi..InsyaAllah.
Saturday, September 5, 2009
Dirgahayu Tanah Air Ku - MALAYSIA (Updated: 7 September 2009)
1 comments Posted by SelamatWan at Saturday, September 05, 2009
Satu lagi pertandingan yang mencuit hati saya ialah pertandingan makan roti canai. Pemenangnya adalah yang paling banyak makan roti canai. Apa yang lucunya semasa makan roti canai tidak dibenarkan minum air. Apabila tamat saja pertandingan, masing-masing mencari air minuman. Apalagi..sejurus selepas minum air...roti canai yang ada didalam perut mula
