Photos To Share With Friends Around The World

Thursday, July 2, 2009

Selepas beberapa hari tidak menghantar apa-apa 'entry' di blog ini, hari ini saya berpeluang meluangkan sedikit masa untuk mencatatkan beberapa perkembangan.
Memang tidak dapat disangkal, kecanggihan internet kalau digunakan dengan sebaiknya amat berguna kepada manusia. Jarak yang jauh dari pandangan mata tidak bagi dunia maya internet. Seorang lagi sahabat semasa di Form 1 dan Form 2 kalau tak salah...( 1973 - 1974 )..sorry bro...if I am wrong about this....telah masuk ke mailbox saya. Beliau adalah Thu Jon Foo. Beliau dapat alamat email saya dari Bro Wong Yun Keong.
Sekarang ini beliau bekerja di Syarikat: Toyota Distributor di Beirut, Labenon yang menurutnya tugasnya disana turut memberi perkhidmatan syarikat-syarikat di Algeria, Morrocco dan Egypt. Buat masa ini saya masih belum berkesempatan membalas email beliau. Tapi saya harap beliau akan selalu melayari blog ini bagi mengetahui perkembangan terakhir yang akan saya post ke blog ini jika ada. Dalam emailnya Bro Thu Jon Foo sempat melahirkan rasa rindunya kepada makanan Malaysia....White Coffee, Roti Bakar dengan Telur setengah masak. Kesian....
"I'm still hopefully waiting for any of you who knows me...please contatct me. Sekiranya masih ada 'old photos' semasa disekolah dulu...hantarlah kepada saya...we can share the photos here in my blog.
Click the picture to enlarge

Gambar: Selamat Pagi Cikgu..Khabarnya beliau sekarang mengajar di Batu Pahat, Johor.

0 comments: