Photos To Share With Friends Around The World
Saturday, November 7, 2009
Hampir lebih dari sebulan saya tidak dapat nak 'up-date' atau menghantar entry baru di blog ini. Ini disebabkan oleh beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan. Maaf saya pohon kepada teman-teman yang setia melayari blog saya ini. Antaranya yang dapat saya senaraikan sebab-sebabnya adalah:
- Rumah tempat tinggal saya sedang dibuat 'renovation'. Seluruh barang-barang dirumah saya terpaksa dikeluarkan dari rumah. Hanya yang tinggal ialah dapur dan satu bilik tidur yang terpaksa kami sekeluarga berkongsi bilik tersebut...macam sadin. Jadi tidak adalah kemudahan komputer.
-Jika alasan tiada komputer sebenarnya dipejabat pun boleh 'up-date'..tapi...tugas disepanjang bulan September, Oktober....dan sampai hari ini terlalu sibuk sekali. Lagi pun kurang elok menggunakan kemudahan pejabat untuk tujuan peribadi kan?
-Bila rumah sudah siap...sibuk pulak mengemas kembali perabot seisi rumah...wah..letihnya tidak terkira. Saya pun tak sabar hendak pasangkan komputer semula..tapi..komputer pulak buat hal. Entah kenapa monitor buat meragam.
Entry kali ini pun saya pinjam komputer kawan. Harapan saya agar teman-teman semua memahami....sorry yaaaa..
Sunday, September 27, 2009
Rengam atau Renggam? Tahu kah anda asal-usul nama ini? Updated: 29 September 2009 ..12.40 pm
6 comments Posted by SelamatWan at Sunday, September 27, 2009Bagi yang belum pernah sampai disini, pekan ini terletak di tengah-tengah Negeri Johor Darul Takzim. Semasa zaman persekolahan saya dulu, satu-satunya sekolah menengah yang terdekat dengan tempat tinggal saya di Felda Bukit Permai, Layang-Layang, Johor ialah Sekolah Menengah Dato' Haji Hassan Yunos, Renggam. Jaraknya dari rumah saya lebih kurang 17 batu jauhnya. Setiap hari untuk pergi kesekolah kami kena naik bas awal pagi dengan bas Pak Haji Rahman. Keadaan jalanraya dari Pekan Layang-Layang ke Rengam belum bertar lagi. Berdebu sepanjang jalan. Baju sekolah yang putih jadi kuning dalam masa sehari sahaja terutama dibahagian tengkok baju. Kalau ada sesiapa yang masih ingat lagi, salah satu 'trend' bagi murid yang kuat menjaga kebersihan baju sekolah ialah dengan memakai sapu tangan yang dilipat dan dilapekkan dibahagian tengkok baju. Saya pun kadang-kadang buat juga. Sebabnya dulu-dulu, cikgu bila buat pemeriksaan kebersihan baju sekolah suka tengok dibahagian tengkok. Kini keadaan telah berubah. Jalanraya sudah bertar dan agak selesa bagi pengguna jalanraya. Inilah nikmat kemajuan negara tercinta ini.
Salah satu 'spot' yang menjadi kenangan manis saya ialah Stesen Kereta api Rengam. Hampir setiap hari saya bersama kawan-kawan akan melintasi rel kereta api melalui jalan pintas untuk ke stesen ini. Bukan untuk apa cuma nak pergi makan mee goreng kegemaran saya. Masih terbayang lagi wajah makcik yang jual mee tapi namanya dah lupa.
Satu lagi 'spot' yang selalu saya ingat ialah ditempat menunggu bas dari Rengam ke Layang-Layang. Tempatnya ditepi sungai berdekatan dengan Stesen Bas Rengam/Kluang. Bukannya ada bumbung tapi cuma dibawah pokok. Kadangkala sampai berjam-jam baru dapat bas. Kadang-kadang pula bila bas sampai tapi sudah penuh maka kenalah tunggu 'trip' yang satu lagi. Kini saya lihat perkhidmatan bas agak kurang digunakan kerana kebanyakan orang sudah mampu membeli kenderaan sendiri walaupun kenderaan kecil.
Wednesday, September 23, 2009
Wong Sow Jee - Pertemuan Di Hari Raya
2 comments Posted by SelamatWan at Wednesday, September 23, 2009Wong Sow Jee kini adalah seorang guru yang mengajar di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Yuk Choy, Ipoh. Beliau telah menetap di Ipoh sejak 1983. Menurut beliau setelah tamat kursus perguruan di Ipoh, beliau telah ditugaskan di Johor namun setelah berkahwin beliau bertukar ke Ipoh kerana mengikut suami.
Semasa disekolah dulu kami sentiasa belajar dalam kelas yang sama dari Remove Class hinggalah ke Form 5.Click picture to enlarge
Setelah hampir 32 tahun tidak berjumpa akhirnya pada jam 12.45 tengahari beliau tiba dirumah saya. Kebetulan hari ini (Raya ke 4) saya masih bercuti tapi isteri saya sudah mula bertugas hari ini. Kami berbual panjang hampir 2 jam. Sambil berbual, saya mengambil peluang menayangkan gambar-gambar Reunion yang ada untuk mendapatkan banyak lagi nama-nama bagi dikenalpasti. Banyak jugalah gambar yang telah berjaya dikenalpasti oleh kami. Ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada Wong Sow Jee yang telah bersusah payah datang kerumah saya. Kesanggupan beliau bertemu menandakan beliau seorang yang menghargai kenangan dan menghargai persahabatan. Sempatlah juga beliau bergambar bersama saya dan salah seorang anak saya serta juga bersama isteri saya.
Tuesday, September 22, 2009
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada sesiapa juga yang melayari blog saya ini. Semoga Allah memberkati kita semua. Tahun ini saya tidak bercuti panjang atas beberapa sebab. Niat dihati ingin balik kekampung di Johor dan bertemu dengan seberapa ramai mungkin kenalan saya. Namun berhari raya di kampung isteri saya di Jitra Kedah juga tidak kurang meriahnya. InsyaAllah tahun hadapan kalau dipanjangkan umur saya akan berhari raya di Johor pulak.Click picture to enlarge
Pada Hari Raya ketiga kami dah balik ke Ipoh kerana ada saudara mara yang hendak beraya dirumah kami. Petang itu sempatlah juga kami ke Cameron Highlands untuk menikmati strawberry kegemaran keluarga saya. Sedap hingga menjilat jari oooo00.
Sunday, September 6, 2009
Hubungan Persahabatan Terjalin Semula..
0 comments Posted by SelamatWan at Sunday, September 06, 2009Setelah beberapa hari saya tidak membuka e-mail saya pada petang 27 Ogos 2009 saya dikejutkan dengan satu e-mail dari seorang hamba Allah. Beliau mengatakan telah dengan tidak sengaja melayari laman blog saya ini dan telah mengenalpasti serta mengenali salah seorang yang ada dalam gambar yang dipaparkan. Orang itu adalah Mohd. Sapuan Bin Poniran yang berasal dari Kampung Baru Simpang Rengam, Johor. Click picture to enlarge
Alamat e-mail untuk saya hubungi juga disertakan. Terima kasih atas budi jasa yang telah diberikan kepada saya. Hanya Allah yang dapat membalasnya. Mulanya saya sangka hamba Allah ini mungkin yang saya kenal tapi beliau kata tidak mengenali saya..
Pada petang 6 September 2009 Mohd. Sapuan Bin Poniran telah menelefon saya. Kami bersembang agak panjang lebar. Rasanya lebih dari setengah jam. Tidak dapat digambarkan betapa gembiranya saya dapat berbual dengan beliau. Sebenarnya dulu, sekitar tahun 1982-1984 kami sering juga berhubungan melalui telefon. Ketika itu saya bertugas di Pulau Pinang. Namun maklumlah dulu kemudahan handphone belum ada. Lama-kelamaan kami terputus hubungan.
Petang itu juga beliau telah menghantarkan gambar bersama keluarga kepada e-mail saya. Mohd. Sapuan Bin Poniran kini bertugas sebagai Pegawai Teknik (Technical Officer) di Unit Business Support & Quality Management di Telekom Malaysia Berhad di Bukit Timbalan Johor Bahru, Johor. Semoga kali ini hubungan tidak akan putus lagi..InsyaAllah.
Saturday, September 5, 2009
Dirgahayu Tanah Air Ku - MALAYSIA (Updated: 7 September 2009)
1 comments Posted by SelamatWan at Saturday, September 05, 2009Satu lagi pertandingan yang mencuit hati saya ialah pertandingan makan roti canai. Pemenangnya adalah yang paling banyak makan roti canai. Apa yang lucunya semasa makan roti canai tidak dibenarkan minum air. Apabila tamat saja pertandingan, masing-masing mencari air minuman. Apalagi..sejurus selepas minum air...roti canai yang ada didalam perut mula kembang..barulah terasa sendat perut masing-masing. Yang kelakarnya ada yang sampai pengsan!
Sunday, August 23, 2009
Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak ( Selamat Berpuasa)
0 comments Posted by SelamatWan at Sunday, August 23, 2009Buah tamar untuk hidangan ketika berbuka puasa.
Ramadhan datang lagi dan bagi umat Islam yang masih diberi kesempatan untuk hidup dan beribadah di bulan ini seharusnyalah mengucapkan kesyukuran yang tidak terhingga ke hadrat Allah. Ini adalah kerana tidak semua orang berkesempatan untuk menikmati bulan yang penuh berkat ini. Selamat Berpuasa saya ucapkan kepada semua yang beragama Islam diseluruh dunia. Semoga Ramadhan tahun ini akan menambahkan lagi kualiti baik kepada diri kita semua.
Mengambil sempena Bulan Puasa ini saya selalu teringatkan beberapa peristiwa nostalgik yang telah saya alami ketika zaman kanak-kanak/remaja. Setiap kali datangnya Bulan Puasa saya dan rakan-rakan sebaya saya biasanya diberikan beberapa tugas khas oleh keluarga masing-masing. Antaranya ialah mengejutkan jiran-jiran sekampung untuk bangun makan sahur. Pada ketika itu letrik belum ada. Yang ada hanya pelita atau lampu suluh. Selalunya pukul 3 atau 4 pagi maka bermulalah tugas mengetuk pintu jiran-jiran jika masa itu tidak kelihatan lampu/cahaya yang menunjukkan penghuni tersebut sudah bangun untuk bersahur. Bila waktu petang pula saya ditugaskan untuk membeli air batu (ais). Pada masa itu peti sejuk belum ada sebab letrik pun belum ada. Jauhnya tempat membeli ais lebih kurang 1 kilometer dari rumah. Saya akan mengayuh basikal kesana. Bila sampai kena beratur panjang. Kadangkala kalau nasib tidak baik apabila sampai ke giliran saya ais dah habis. Kenalah cari tempat lain pula. Setiap satu blok ais yang panjangnya lebih kurang 2 kaki harganya 50 sen. Kalau hendak setengah kenalah sipenjual ais menggergaji ais itu jadi pendek. Seronoknya bila dah dapat ais lalu diikatkan ditempat duduk belakang basikal. Apa yang lucunya , ada masanya terpaksa pergi jauh untuk mendapatkan ais tapi apabila sampai dirumah ais dah jadi kecil kerana cair disepanjang jalan.
Sunday, August 16, 2009
Mohd. Noh Bin Mohd. Alwi Sahabat dari dulu.....
1 comments Posted by SelamatWan at Sunday, August 16, 2009Saturday, August 15, 2009
Sekolah Menengah Dato' Haji Hassan Yunos, Rengam, Johor Dalam Kenangan...
4 comments Posted by SelamatWan at Saturday, August 15, 2009
Saya telah memasuki sekolah ini pada tahun 1972 dan ditempatkan di kelas 'Remove B'.
'Remove Class' pada masa itu adalah merupakan kelas peralihan bagi murid-murid dari sekolah bukan Aliran Inggeris ke Aliran Inggeris. Saya masih ingat lagi sebelum saya ditawarkan untuk memasuki kelas ini (semasa darjah 6 - Sekolah Rendah Kebangsaan Felda Bukit Permai) ayah saya telah dipanggil ke sekolah oleh guru besar untuk di lobi agar setuju untuk memasukkan saya ke sekolah Aliran Inggeris. Sebenarnya saya yang meminta cikgu memanggil ayah saya ke sekolah. Pada masa itu matapelajaran seperti Matematik, Matematik Tambahan, Biologi, Kimia dan Fizik serta Bahasa Inggeris diajar dalam bahasa Inggeris manakala yang lain dalam Bahasa Malaysia.
Salah seorang guru yang paling saya ingat semasa di kelas Remove B ialah Mrs Ang. Guru Bahasa Inggeris yang paling garang. Saya pernah bertemu beliau di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, Pulau Pinang sekitar tahun 1993 ketika itu saya bertugas di Unit Khas Pemeriksaan Penumpang disana dan beliau baru pulang dari luar negara dan telah memasuki lorong pemeriksaan kastam dimana saya bertugas. Beliau amat terkejut kerana saya masih dapat mengecam beliau walaupun telah begitu lama tidak bertemu.
Gambar kali ini adalah sumbangan dari Brother Jimmy Ho Kek Seng (TQ Bro) yang telah menghantar gambar tersebut ke e-mail saya. Melihat kepada gambar tersebut, tidak banyak yang berubah. Paling mencuit kenangan ialah gambar kantin sekolah. Masih terbayang bagaimana murid-murid sesi sekolah petang akan berkumpul disitu sementara menunggu sesi pagi pulang. Semasa rehat saya selalu berbaris panjang untuk membeli bubur kacang atau mi goreng kegemaran saya. Lorong berbumbung untuk ke kantin banyak membawa kenangan manis kepada saya.
Saturday, August 8, 2009
Tumpang Nasir - Sahabat Karib Yang Sedang Dicari....
1 comments Posted by SelamatWan at Saturday, August 08, 2009Sepanjang minggu ini saya agak sibuk dengan tugas dipejabat. Namun saya mengambil peluang cuti minggu ini untuk menulis sedikit mengenai seorang sahabat lama yang memang telah lama saya cari. Setakat ini berbagai maklumat yang saya terima tapi masih belum meyakinkan. Saya amat berharap sekiranya ada diantara pengunjung blog saya ini mengetahui mengenai beliau tolong sampaikan kepada saya. Tumpang Bin Nasir merupakan salah seorang sahabat yang paling karib ketika kami bersekolah dulu. Saya mengenali keluarga beliau. Namun kini telah terputus hubungan. Kali terakhir saya cuba mencari beliau kira-kira 10 tahun lalu dengan mengunjungi rumah keluarga beliau di Bandar Kejora. Ketika itu saya dimaklumkan beliau telah ke Amerika Syarikat untuk menjalani Kursus sebagai Juruteknik Tentera Udara Diraja Malaysia. Ada beberapa keping gambar yang ditunjukkan kepada saya. Memang segak beruniform tentera. Memang sejak dulu lagi beliau merupakan salah seorang pelajar lelaki dikira 'handsome' dan jadi rebutan pelajar perempuan. Banyak sekali kenangan saya bersama beliau samada semasa sama-sama belajar atau semasa bergiat aktif didalam Persatuan Pengakap Sekolah. Saya pernah tinggal bersama keluarga beliau ketika di Ladang Ulu Remis, Layang-Layang, Johor. Selalunya semasa setiap kali hampir peperiksaan. Masih terbayang di benak saya bagaimana keluarga beliau melayani saya seperti anak mereka sendiri.
Maklumat terbaharu yang saya terima adalah dari Brother Steven Foo Tze Chih. Beliau memberitahu mungkin Tumpang kini berada di Tentera Laut Diraja Malaysia Lumut, Perak. Mana satu yang betul saya pun tak tahu tapi saya akan terus berusaha untuk menjejaki dan mendapatkan sebanyak mungkin maklumat tentang beliau. Harapan saya agar teman-teman yang tahu mengenai beliau dapatlah menyalurkannya kepada saya. Semoga Allah memakbulkan doa saya untuk bertemu beliau suatu hari nanti.
*Terima kasih Brother Freddie Wong Yun Keong sekali lagi kerana bersusah payah mengirimkan kepada saya gambar ketika 'reunion 2007' saya akan uploadkan ke 'photobucket' tidak lama lagi.
Friday, July 24, 2009
The Queen Of Daughters (Full time Chauffeur)
0 comments Posted by SelamatWan at Friday, July 24, 2009Click the picture to enlarge
Walaupun kami pernah belajar dalam kelas yang sama semasa di Form 5 A (1977), tapi rasanya jarang benar saya bercakap atau bertegur sapa dengan individu ini. Sebagai seorang 'prefect' beliau agak serius orangnya. Namun beliau adalah diantara murid-murid perempuan yang dianggap mungkin menjadi rebutan murid-murid lelaki. Sentiasa berpakaian kemas, cantik dan sangat aktif.
Amelia Wong Ah Eng kini menetap di Singapura sejak 20 tahun lalu kerana mengikuti suaminya disana. Dalam e-mailnya beliau mengatakan sebelum ini beliau menganggap dirinya 'The Queen of Daughters' sebab beliau ada 3 anak perempuan (cute girls) . Rupanya saya adalah 'The King of Daughters' (ini saya yang kata) sebab saya ada 6 anak perempuan. Setelah 2 kali beliau menghadiri 'Reunion' katanya belum jumpa saya lagi. Sebenarnya saya baru saja dapat dikesan bulan Jun lalu oleh Brother Freddie Wong Yun Keong. Bermula dari itulah saya membina blog ini.
Beliau kini full time housewife dan full time chauffeur. Apa pun yang Amelia lalukan saya mengharapkan agar gembira selalu bersama keluarga tercinta.
Tuesday, July 21, 2009
Hari ini, pada entry kali ini saya akan benar-benar membuat tekaan. Samada betul atau tidak saya tidak peduli. Sememangnya setelah hampir 30 tahun dan dalam usia sebegini (setengah abad), ingatan kita amat lemah sekali. Salah seorang teman lama yang telah menghubungi saya ialah Brother Jimmy Ho Kek Seng. Kalau berdasarkan gambar kami pernah belajar dalam kelas yang sama semasa di Form 1 dan di Form 5 . Itu saja yang saya ingat. Tapi sedikit sangat yang saya tahu tentang beliau. Kalau mengikut maklumat yang saya dapat dari blog The Razzler , beliau kini berada di Johor Baharu, Johor. Sesekali saya mengikuti juga blog beliau di http://therazzler.blogspot.com. Seronok juga mengikuti berbagai isu yang beliau sentuh. I really like your blog..man. Cuma saya ingin memohon maaf sekiranya tekaan saya kali ini ternyata salah orang. But I'm very confident with my guess. Brother Jimmy Ho Kek Seng...please no heart feeling haaa...
Updated on 26 July 2009: Confirmed by Brother Mike Thu Jon Foo tekaan saya tepat sekali. Baru saya tahu yang Jimmy Ho Kek Seng adalah murid yang hanya minum susu dan tidak makan nasi....Sekarang macamana bro masih tak makan nasi ke?
More Babies To Make You Smile...
Saturday, July 18, 2009
Setelah mendapat nombor telefon dari Bro Thu Jon Foo pada 16 Julai 2009 yang lalu saya telah cuba menghubungi Brother Lee Yock Chin. Syukur kali ini saya berjaya. Walaupun ada sedikit gangguan talian semasa kami berbual dapat juga kami bercerita pendek. Beliau berjanji akan menghubungi saya melalui e-mail. Dalam mail beliau mengatakan bahawa kenangan semasa di SMDHHY, Rengam adalah kenangan manis yang tidak mungkin dapat dilupakan. Sebenarnya begitu juga bagi saya. Banyak kenangan pahit manis yang ada disana. Sekali sekala bila saya balik ke kampung pun saya ambil peluang berkunjung ke sekolah tersebut. Menghayati 'spots' tertentu yang ada kenangan bagi saya.Click the picture to Enlarge
Sedikit maklumat untuk kita kongsi tentang Brother Lee Yock Chin...beliau kini seorang guru yang mengajar di Batu Pahat, Johor. Mempunyai 2 orang anak lelaki ( family planning ka brother?). Baru saya tahu yang "Reunion Gathering" telah diadakan sebanyak 4 kali. Yang pertama di Layang-Layang, Johor, kedua di Johor Baharu, ketiga di Simpang Rengam dan keempat juga di Simpang Rengam. Dengar ceritanya lepas ini akan dibuat di Kluang, Johor. Bila pula hendak buat di Ipoh? Saya amat berharap akan dapat menghadiri di "Reunion" yang akan datang.
Video ini saya tujukan kepada sesiapa saja yang bertugas sebagai GURU termasuk semua bekas guru saya yang pernah mengajar saya dahulu di SMDHHY, Rengam, Johor. Terima kasih cikgu.
Monday, July 13, 2009
Malam tadi saya banyak menggunakan masa lapang saya dengan memperbaiki 'Layout' blog ini. Sambil itu sempatlah juga menjengok-jengok ke mailbox saya. Manalah tahu kalau-kalau ada lagi teman lain yang masuk selain dari Freddie yang memang kerap masuk ke mailbox saya. Namun sehingga jam 11.00 malam tak ada seorang pun. Namun tengahari tadi bila saya meninjau kembali ada dua email masuk. Salah satunya datangnya dari seorang wanita yang bernama Premala. Katanya beliau telah pun melihat gambar yang saya publish di blog ini. Tekaan saya terhadap gambar semasa sekolah dengan gambar 'reunion 2008' yang saya bandingkan memang tepat. Setelah membaca email beliau saya amat terharu. Beliau kini seorang ibu tunggal yang telah kematian suami 9 tahun lalu. Apa yang membanggakan ialah kejayaan beliau membesarkan anak-anak beliau ( 2 sons). Kedua-duanya begitu berjaya dibidang pelajaran. Seorang sedang melanjutkan pelajaran di bidang Ekonomi di UUM dan seorang lagi di Singapura di bidang Aeronautical Engineering. Malah beliau sendiri seorang bekas kakitangan kerajaan yang bersara awal kini menjadi 'Senior Manager' di sebuah syarikat insurans. Syabas Premala. Saya percaya kawan-kawan lain juga kagum. Saya harap anda akan terus berjaya dan gembira selalu...
The Skating Babies.
Saturday, July 11, 2009
Masih Terus Menunggu 'Response' seramai mungkin
1 comments Posted by SelamatWan at Saturday, July 11, 2009Sungguh pun setakat ini saya agak gembira kerana ada 'response' menggalakkan dari beberapa orang teman tapi sebenarnya masih ramai lagi yang saya cari untuk dihubungi. Kesibukan urusan hidup harian memanglah tidak dapat dinafikan salah satu halangannya. Saya memahami itu. Namun saya tetap seronok kerana telah dapat mengetahui sedikit sebanyak perkembangan kehidupan orang-orang yang pernah saya kenali dulu. Masih lagi seperti sebelum ini Brother Wong Yun Keong (Freddie) adalah yang paling aktif membantu saya membetulkan nama-nama yang telah tersilap label. Keep it up bro.. As for brother Thu Jon Foo please don't scratch you head anymore for you will end up BALD.
Click the picture to enlarge
Thank you very much Mr Freddie Wong Yun Keong......Still Available Maaa...
JUST FOR A SMILE.....RELAX LAH.....
Monday, July 6, 2009
Please forgive me for wrongly labelled some of your photos. Tengahari ini saya dapat panggilan telefon dari Bro Wong Yun Keong. Beliau telah membantu saya memperbetulkan beberapa nama yang telah tersalah label pada gambar. Memanglah ini tujuan saya memaparkannya agar saya dapat membetulkannya. Sorry to Pearl Ronaldine Dickman for my confussion between you and Mabel Fernandez and Brother Low Kai Ming as Tai Keng Meng. Sorry guys..
Thank you very much to brother Thu Jon Foo again for supporting my blog. This blog is not for myself but for all of us to share the sweet memories.
Gambar Minggu Ini: Chew and Tan Click the picture to enlarge
Sunday, July 5, 2009
Thank you guys. Itulah ucapan yang dapat saya ucapkan diatas sambutan yang baik dari teman-teman yang masih menghargai erti persahabatan. Tidak sampai pun 24 jam saya menjawab email dari Brother Thu Jon Foo yang berada di Beirut beliau telah 'response' dengan begitu cepat. Beliau telah menghantar 3 keping gambar. Saya amat gembira sekali. Saya akan memaparkan gambar tersebut disini untuk dikongsi bersama. Saya harap teman-teman yang lain juga boleh berbuat demikian. Saya sedang membuat koleksi yang akan saya muatkan di Photobucket untuk kita semua dapat sama-sama mengingati teman-teman lama dan kalau berminat bolehlah download gambar-gambar tersebut. Terima kasih juga kepada Brother Jimmy Ho (contact me please Jimmy)
Posted by Brother Thu Jon Foo From Beirut, Labenon. Click picture to enlarge
Saturday, July 4, 2009
Mulai minggu ini saya akan cuba memaparkan seberapa banyak gambar yang saya dapat kenal dan tahu nama dengan membandingkan gambar-gambar terbaharu yang saya terima daripada Brother Freddie Wong Yun Keong dengan gambar semasa sekolah dulu. Saya harap jika ada diantara anda yang mengenali personaliti-personaliti itu nanti, dan mendapati nama-nama yang saya catatkan salah tolong lah betulkan dengan menghubungi saya ok? Kerjasama anda amat saya hargai. Satu lagi saya harap mana-mana gambar anda yang tersiar di blog ini, janganlah marah ye. Niat saya hanya satu..menjalin perhubungan persahabatan semula dan memberi peluang kepada teman-teman lain mengikuti perkembangan kita bersama..
Former Headmaster Mr. Tan Cheng Hai , our beloved Miss Vasantha and Brother S.Vijayaretnam. Click the picture to enlarge
______________________________________________________________________
Brother Ngoi Seng Heng and Yap Seng Guan still handsome .... click the picture to enlarge
____________________________________________________________________
Sweet Carol and Brother Teo Ngin Fan Click the picture to enlarge
____________________________________________________________________
Gambar: Everlasting Beauty of SMDHHY's Angels. Click the picture to enlarge
Thursday, July 2, 2009
Memang tidak dapat disangkal, kecanggihan internet kalau digunakan dengan sebaiknya amat berguna kepada manusia. Jarak yang jauh dari pandangan mata tidak bagi dunia maya internet. Seorang lagi sahabat semasa di Form 1 dan Form 2 kalau tak salah...( 1973 - 1974 )..sorry bro...if I am wrong about this....telah masuk ke mailbox saya. Beliau adalah Thu Jon Foo. Beliau dapat alamat email saya dari Bro Wong Yun Keong.
Sekarang ini beliau bekerja di Syarikat: Toyota Distributor di Beirut, Labenon yang menurutnya tugasnya disana turut memberi perkhidmatan syarikat-syarikat di Algeria, Morrocco dan Egypt. Buat masa ini saya masih belum berkesempatan membalas email beliau. Tapi saya harap beliau akan selalu melayari blog ini bagi mengetahui perkembangan terakhir yang akan saya post ke blog ini jika ada. Dalam emailnya Bro Thu Jon Foo sempat melahirkan rasa rindunya kepada makanan Malaysia....White Coffee, Roti Bakar dengan Telur setengah masak. Kesian....
"I'm still hopefully waiting for any of you who knows me...please contatct me. Sekiranya masih ada 'old photos' semasa disekolah dulu...hantarlah kepada saya...we can share the photos here in my blog.
Click the picture to enlarge
Gambar: Selamat Pagi Cikgu..Khabarnya beliau sekarang mengajar di Batu Pahat, Johor.
Saturday, June 20, 2009
Seorang lagi ialah Foo Tzeh Chih (steven) telah menghantar sms kepada saya. Walaupun sms nya ringkas saja tapi sudah mencukupi bagi saya.
Sambil itu saya juga sedang berusaha untuk menjejaki teman-teman melayu. Saya telah cuba menghubungi Zulkfli Salleh yang berada di Pulau Pinang tapi malangnya beliau pada masa ini sedang berada di Negara China. Mungkin atas urusan tugas atau melancong tak tahulah pulak. Tapi maklumat ini diberikan oleh orang gajinya. Nama-nama yang masih saya ingati seperti Tumpang, Hanafi, Shahadan, Ali Mohammad, Sapuan Poniran, Jais Bugal dan ramai lagi lah. Kalau ada sesiapa yang mengetahui atau mengenali mereka harap dapat menghubungi saya.
Disini juga saya merayu agar teman-teman kalau ada masih menyimpan gambar-gambar semasa sekolah dulu boleh tak tolong scan dan hantar ke alamat email saya. Sebagai meningkatkan lagi usaha saya ini saya sedang membangunkan bank gambar melalui Picasa Web Album yang nantinya membolehkan kawan-kawan boleh access gambar/photo yang disimpan disana. Selain itu saya juga telah mengujudkan 'Facebook' yang akan saya gunakan bagi tujuan pencarian seterusnya.
Wednesday, June 17, 2009
Seorang lagi sahabat juga menghubungi saya. Kali ini S.Vijayaretnam. Beliau sekarang berada di Kluang, Johor. Seorang peguam rupanya dan mempunyai firma sendiri. Tahniah. Oleh kerana Kluang tidak jauh dari kampung saya di Felda Bukit Permai, Layang-Layang, mungkin satu masa nanti kami akan bertemu juga.
Malam tadi juga Foo Tzeh Chih (Steven) juga menghubungi saya melalui sms tapi belum berkesempatan untuk bertanya khabar dengan lebih lanjut.
Tuesday, June 16, 2009
Saya masih berharap kalau ada dikalangan teman-teman yang tersenarai dalam senarai alamat itu tahu nombor terkini harap hubungi saya melalui email saya di blog ini.
Satu lagi yang saya harapkan ialah kalau ada diantara teman-teman yang mengenali saya dan telah sudi melayari blog saya ini response lah sikit. Mungkin boleh masuk melalui email atau melalui ruangan comment yang disediakan. Saya akan amat merasa berterima kasih yang tidak terhingga.
Monday, June 15, 2009
Sungguhpun kami berbual agak panjang lebar juga bertanyakan khabar antara satu sama lain namun dihati kecil saya amat merasa malu. Malu kerana masih tidak dapat 'recall' sahabat yang bernama Wong Yun Keong ini. Tapi beliau dengan selamba mengatakan masih mengenali suara saya. Terus terang saya katakan dan saya ingin memohon maaf kerana tidak dapat mengingati rupa beliau. Saya harap brother Wong Yun Keong tak berkecil hati.
Dalam perjalanan pulang dari pejabat sekali lagi beliau menelefon saya mengatakan yang beliau telah 'upload' kan gambar-gambar kenangan semasa 'reunion' pada tahun 2008 dan 2009. Melihatkan gambar-gambar tersebut saya berasa cemburu juga kerana tidak dapat bersama mereka. Harap-harap selepas ini saya akan berpeluang sama.
Tujuan saya mengujudkan 'blog' ini hanyalah satu. Ingin mencari seramai mungkin teman-teman sepersekolahan dulu. Harapnya dapatlah kita bersatu di Laman Nostalgia ini.
Buat kali ini saya sertakan beberapa keping gambar yang masih dalam simpanan saya. Diharapkan kalau ada sesiapa yang mengenali sesaorang dalam gambar tersebut komenlah sikit ye.
Saya menyeru kepada sesiapa sahaja yang mengenali saya dapatlah kiranya berhubung dengan menjadikan blog ini sebagai pemulanya.